GEMPAR !!! 23 REMAJA HILANG DI TEMPAT PALING BERHANTU.... VILLA NABILA... MASIH BELUM DITEMUI
Pintu masuk ke Villa Nabila
Villa
Nabila dikatakan tempat paling berhantu atau lebih tepat dikategorikan
sebagai KEDIAMAN MAKHLUK HALUS PALING POPULAR di Malaysia. Villa Nabila
pernah disenaraikan oleh Expedia Amerika Syarikat, berada ditangga
pertama sebagai tempat paling berhantu untuk dilawati.... Baca
seterusnya DI SINI....
DIKHABARKAN..... pada 16 Nov 2013, lebih kurang 2 jam sesudah midnight,
30 orang remaja berumur dalam lingkungan di bawah 20 tahun telah masuk
ke dalam Villa Nabila tanpa diketahui niat mereka. Seramai 7 orang
remaja berjaya keluar dari tempat itu manakala 23 orang lagi seolah-olah
"terperangkap" dan hanya suara mereka sahaja yang kedengaran. Lokasi
tersebut dipenuhi orang ramai dan terdapat beberapa kenderaan pihak
berkuasa turut kelihatan di situ.
Tidak
pasti, apakah tujuan remaja tersebut 'membuat lawatan' di situ. Ada
kemungkinan untuk menjejak 'hantu Nabila' seperti yang diceritakan di
dalam blog ini seperti link di atas, atau sekadar suka2......???
Selepas
kejadian kehilangan tersebut, polis telah menerima laporan daripada
mangsa yang terselamat dan anggota polis serta bomba dikerahkan ke
tempat kejadian dengan unit anjing pengesan. Namun dikatakan masih belum
menemui mangsa-mangsa yang hilang.
Menurut
sumber, polis dan bomba yang menjalankan operasi pengesanan remaja yang
hilang menemui jalan buntu walaupun dengan bantuan anjing pengesan.
Yang pelik dan menjadi misteri adalah, ada yang mengatakan mendengar
suara meminta tolong daripada kawasan villa tersebut, tetapi tidak
kelihatan sesiapa di situ.
Sehingga
pagi ini, dikhabarkan kesemua mangsa yang dilaporkan hilang masih belum
ditemui dan mereka dikhuatiri 'disembunyikan' oleh jin atau makhluk
halus lainnya....
Doakan semoga mereka selamat dan berada dalam peliharaan Allah SWT hendaknya.....
No comments:
Post a Comment